TENTANG BULAN
Mungkin anda semua dah tonton filem ni. Kisahkan 5 sahabat yang bersaksikan bulan, berikrar akan tetap bersahabat tak kira apa yang berlaku.( Ni aku baca paper je ni) Imbasan ttg zaman kanak2 memang mengasyikkan kita. Kita ade zaman kanak2. Kita ade kemeriahan zaman kanak2. Asyik!!!
Em tentang sahabat ni..tahle, aku dah kehilangan sahabat yang paling rapat. Baru je. Aku pn tak tau nape la dia berubah gitu skali? Hurmm.. Nape sebab orang len, aku pn turut kena? Orang len yang buat salah den aku pn turut kena serang oleh sahabatku. AD, aku bersahabat bukan nak amik kesempatan laa, aku bukan macam tuh.
Ok la, sbnrnya aku nak cite benda len ni.. " TENTANG BULAN"
Satu masa, ketika dalam perjalanan balik dari Johor, di tempat duduk dalam bas, ditakdirkan ade sorang Kristian, seingat aku,nama pendeknya Peter, yg panjang xtau le plak. Dia heran le tgok kite pakai cm gini, nampak berbeza dg yg orang len. So berlaku le sikit dialog
Peter : Ape khabar?
A : Baik
P : Nak kemana?
A: Kelantan
P: Nama awak?
A : sy …….. Awk?
P: Peter. Awk Muslim?
A : Ya tentu. Awk tentu kristian
P : Ya, tapi sy banyak mengembara ke Negara org Islam
A : Untuk Ape?
P : nak tgok ape yang orang Islam buat.
( so berlaku le dialog , dari mula syahadah dn bbrpa perkara, di sini aku hanya singkatkn aje.)
A : jadi ape yg awak dapat?
P : macam2. em yang saya pelik, knp orang islam yg dengar katanya suka perdamaian tapi mereka bom tempat kami berkumpul? Kenapa jahat?
A : Cuba awk fakir, jika awak mempunyai rumah, lalu datang seorang yang jadi tamu awk, tapi dia berbuat sesuatu yg awk tak suka di rumah awak. Dia usik barang awak, berpakaian kurang sopan depan awak, hina awak, tak mau ikut peraturan rumah awak. Mahu rampas barang2 awak Ape awak akan buat?
P : saya akan guna kekerasan
A : ya kami pun!!!
P: ok yang akhir, kenapa kamu gunakan calendar ikut bulan?
A : Kami punyai Allah dan saya percaya kamu juga percaya pada Allah secara amnya. Kami berpegang dengan kitab Al Quran yang Dia kirimkan melalui Rasul-Nya yang terakhir, Muhammad dan saya yakin anda juga percaya sebenanrnya tentang itu. Dalam Al Quran, Allah jelaskan, bulan itu digunakan untuk tujuan pengiraan hari,tarikh dan sebagainya, juga penentuan ibadah. Dengan bulan kita tahu malam. Bukankah bulan akan dilihat berubah bentuk ? tidak seperti matahari? Oleh itu lebih mudah lagi kita menntukan bilangan hari dengan bulan berbanding matahari. Bermula dengan bentuk sabit, yang kemudiannya akan beransur penuh shgalah pada hari ke 15, dan lepas itu akan kembali berubah bentuk kepada sabit,tapi berbeza dari bentuk awal.
P : ya benar . ape lagi?
A : Allah tahu tentang hikmah penciptaan sesuatu. Anda sambut krismas pada setiap 25 Disember kan?
P : Ya
A: Secara amnya , anda akan menyambut krismas dalam keadaan bersalji kan?
P: Ya benar
A : tapi bagaimana dengan tempat yang pada setiap 25 disember adalah musim yang tidak bersalji di tempat mereka? Tentunya tidak merasai salji seperti mana sambutan kamu kan?
P : Ya, mungkin beberapa tempat
A : Ok, kiraan matahari adalah skima saja, maksud saya, tetap dan tidak berubah, jika bulan disember ditempat kamu salji, maka ia akan bersalji pada setiap disember, klo musim bunga pada bulan April contohnya maka setiap April kamu akan alami musim bunga., begitu juga musim panas. Ia tetap. Bandingkan dengan pengiraan calendar berdasarkan hitungan bulan, pasti anda akan merasai pengalaman pada semua musim. Dalam Islam ada ibadah puasa, haji. Kami boleh merasai puasa di musim sejuk yang singkat siangnya, kami boleh merasai puasa di musim panas yang lebih panjang siangnya, musim bunga, luruh, semua kami boleh rasai. Bukankah indah sbegitu?
P : Ya, benar. Baru saya temui apa yang saya tidak temui sebelum ini.
Lepas itu bas berhenti,perlu solat, Peter ingin masuk juga ke masjid, tapi em, Ya , anda boleh masuk dengan mengucap kalimah . Ape kalimah itu?
"Asy hadu An La ilaha illa Allah, Wa Asy hadu anna Muhammadan RasuluLLAH"
Lalu diucapnya kalimah itu. Alhamdulillah!!!!!